Thursday 28 May 2009

Need a Break!!

Penat sangat-sangat lar nie...banyak benda yang terkejar sana sini..nie belum lagi bukak semester..kalau dah bukak sems tak tau ler apa nak jadi...mau havoc! dah ler dengar citer kena ngajor dalam 100 over students..at least experienced 2 years ago berguna la kan..dulu kena ajar 250 students on my first day of lecture..gigil lutut masa tu..hihihi...such a nice memory..

nak cuti la time school holiday nie..tapi boss nak buat sanggar kerja la pulak time2 tu..adoi! pastu kena la pulak buat preparation benda2 tu..lagi sekali adoi!

Bulan Julai nie nak pi Kiwi's land ada conference on metabolomics..di jemput utk bagi oral presentation... tapi takut la pulak H1N1...camne yer?? kalau tak pi rugi la sangat2 (tapi actually ok je kot- at least takde la kena present oral kat org2 yg expert tu...adoi takuss)

entah la..serabut jer rasa...really need a long break...huhuhu..

Thursday 21 May 2009

Topik: Sejarah hari ini


Beberapa isu yang berlaku menyebabkan aku terpanggil untuk berkongsi rasa, pendapat dan luahanku.

Pertama, isu berkaitan kerajaan Perak: Siapakah MB Perak? Hari ini kita akan tahu keputusan mahkamah berkaitan isu ini. Walau apapun keputusanya, seharusnya MB yang dipilih WAJIB menunaikan janji-janji untuk memperjuangankan nasib rakyat.Bukan perjuangan menjaga periuk nasi sendiri seperti yang berlaku ketika ini. daripada dok berebut kerusi adalah lebih baik turun ke pelosok kampung melihat keadaan rakyat. Daripada sibuk beli Camry adalah lebih baik guna wang tersebut untuk membantu rakyat miskin. Adakah dengan Camry maka wakil rakyat ini lebih cepat turun ke kampung daripada dengan mengunakan Perdana??

Kedaulatan Sultan, hak ketuanan bangsa dan agama isu yang amat sensitif dan tidak patut dijadikan sentimen politik. Lupakah kepada Datuk Maharajalela dan Raja Abdullah yang sanggup berkorban demi membela bangsa mempertahankan negeri Perak?

Kedua, slogan "satu Malaysia". Ini juga tidak harus disalah tafsirkan oleh individu atau parti politik tertentu hanya untuk menaikkan kemarahan rakyat. Sekali lagi sentimen sensitif ini WAJIB dijaga dan dipelihara. Idea PM ini memang baik bagi menjamin kemakmuran negara. Tetapi janganlah membuat permintaan melampau dan merepek sehingga mengundang kebencian rakyat. Sewajarnya aktivis seperti Hindraf itu patut dihapuskan. Lupakah kita kepada sejarah asal bumi bertuah ini?

Ketiga, isu Chin Peng. Wajarkah beliau diberi kemaafan atas apa yang telah berlaku 50 tahun lalu? Sekali lagi sensitiviti rakyat tercabar. Bagi anak Pasca-merdeka mungkin perkara ini hanya satu perkara kecil. tapi bagaimana dengan pejuang kemerdekaan dan waris mereka yang masih lagi menaruh dendam dan benci terhadap komunis. hanya mereka yang tahu kesengsaraan ketika itu melihat kekejaman komunis.wajarkan "Ketua Komunis" ini dibenarkan menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini??Lupakah kita kepada perjuangan Leftenan Adnan?

Fikir-fikirkan lah. lupakah kita bagaimana Melaka dijajah Portugal, bagaimana British menakluk kita? Semua kerana pertelagahan dalaman yang mengundang campur tangan mereka. Inginkah kita sejarah berulang kembali? maukah kita jadi seperti negara Iraq??Di mana Jati diri kita??Walaupun aku anak pasca-merdeka tetapi isu-isu seperti ini benar-benar mencabar mindaku..Bacalah kembali buku-buku Sejarah untuk refresh balik ingatan kita ini. Kalau tak ingat juga datang tanya saya. Sejarah saya A1 SPM tau!!...hihihi

Tuesday 12 May 2009

Selamat Hari Ibu

Email dari sahabat..buat tatapan semua yang mempunyai ibu di dunia ini..

SELAMAT HARI IBU....
Dedikasi Untuk semua ibu / mak / ummi / mama dan yang seangkatan dengannya


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan
aku....mak
Bila lapar, yang suapkan
aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak


Kata mak, perkataan pertama yang aku
sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak


Bila nangis, orang pertama yang datang
....mak
Bila nak bermanja, aku
dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk
sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak


Bila nakal, yang memarahi aku....mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak

Bila sedih, aku mesti talipon....mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk!
"
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang
aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak

Yang selalu puji aku....mak

Yang selalu nasihat aku....mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku


Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk
erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku


Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari
Ibu�

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku


Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang
untuk
mak?
mak bukan nak banyak...
lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis
ibunya.....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di
dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera
mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak
lalu
membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di
belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.
Si
anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah
Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Sayang Mak......